Monday, February 9, 2009

lumrah hidup.

Tepat lagi 2 minggu akan aku pulang ke melbourne semula.Tidak disangka, cuti kali ini cepat betul berlalu.

Banyak yang telah aku pelajari sepanjang cuti ini.Disebabkan duduk di rumah terlampau lama, membuatkan aku berfikir.Berfikir tentang kenapa perkara itu dan ini berlaku.Semua perkara yang berlaku ada sebab dah hikmah di sebaliknya.Tentang banyak perkara lah.

Cuti ini juga membuatkan aku berfikir dengan lebih matang.Aku harap perancangan aku untuk tahun ini akan menjadi.Amin, semoga Allah menyenangkan lagi kerja-kerjaku.

Bercakap tentang rakan.Cuti kali ini kerap sekali aku bertemu rakan-rakanku.Itu pon yang tak sibuk lah.Yang sibuk-sibuk tu, tak dapat lah gua membantu kan.Kadang-kadang, rindu juga untuk bertemu dengan yang lain-lain itu.Teman yang rapat tapi kerana masa tidak mengizinkan tidak dapat aku berjumpa.

Cuti ini juga aku menyedari sesuatu.
People change, to be a better person or worst.
Cuti ini aku banyak belajar dengan seorang rakanku ini.Sudah lama aku kenal dia, dekat 7 tahun kot.Mula-mula aku kenal dia, lain dengan orang yang aku kenal sekarang.
Dia telah berubah menjadi seorang yang sangat matang. Berubah tentang banyak perkara.
Berubah menjadi pemuda yang sangat matang pemikirannya.

Aku nak berubah juga.Ke arah yang lebih baik.Harap-harap aku akan mendapat petunjuk-Nya.Semasa aku di tahun pertama di melbourne, aku menerima didikan usrah yang agak serius.Aku menjadi sangat insaf ketika itu dan hampir berubah drastik. Tetapi kemudian aku berfikir semula.Aku mahu berubah tetapi dengan kehendakku sendiri.Bukan kerana terpengaruh dengan rakan-rakan.Aku tahu aku belum bersedia ketika itu.

Azamku bila pulang ke melbourne nanti ialah untuk menjadi insan yang lebih baik.Sebagai seorang pelajar, anak , rakan dan hamba-Nya.

Lagi satu seimbangkan hidupku.Tahun lepas, rakan serumahku sering berkata yang aku takde life.Asyik buat kerja aje. Biase lah, budak archi kan selalu busy aja.Tahun ini aku akan cuba untuk seimbangkan hidupku okay? Nanti pergi main squash aku ikut okay?

2 comments:

  1. alah..takpa..nak wat camna..studies and kerja diorg lagi penting ma.

    and yea, when u go back dere, please get a life.haha.macam i, sempat lagi tuuh pagi gi clas, ptg gi gig, mlm gi btn...haa...contohi lah saya.
    hahaaa..mendadbik dada sungguh.

    ReplyDelete
  2. okay nanti saya cuba! nini kamu ni bagus laa dlm multitasking! huhu

    ReplyDelete