Friday, May 23, 2008

tujuh.

melodramatik nini telah men-tag saya.

7 fakta tentang saya:
1.saya sangat suka makan pedas tidak kisahlah kalau sampai saya rasa nak terbakar(suka tahap maximum)
2.hampir kesemua baju sejuk saya atau jacket saya bewarna samada kelabu,ungu atau hitam.begitu juga dengan baju2 saya yang lain.
3.saya suka makan (suka gila sehingga kadang-kadang saya tidak boleh berhenti!)
4.saya merupakan anak perempuan yang satu dalam keluarga.saya mempunyai seorang abang dan dua orang adik lelaki.
5.sangat susah untuk saya bangun pagi buat masa sekarang ini.setiap hari sayan akan bangun pukul 11.55pagi tepat.jam biologi saya sudah tidak betul.(sebab itu lah saya tidak tidur selepas menunaikan solat subuh pagi ini dan demi mengelakkan mengantuk menulis entri ini sekarang)
6.saya rindu sepupu-sepupu sebaya saya nadrah,nadiah,shakirah dan masa-masa lampau manis yang kita ada dahulu.
7.saya pernah digelar kura-kura di zaman sekolah kerana kelembapan dan kebluran saya.

7 perkara menakutkan saya:
1.mati
2.kegelapan (sebab itu saya perlu tidur pakai lampu tidur)
3.lebah (gila takot okay)
4.hari penyampaian akhir design (design final crit)
5.orang yang saya sayang meninggal dunia
6.hantu dan sewaktu dengannya
7.tidak sempat menyiapkan kerja design dan tutor design marah kepada saya

7 lagu buat masa sekarang:
1.cry - james blunt
2.geek in the pink - jason mraz
3.aku cinta kau dan dia - dewa (gila jiwang! haha)
4.let me down - no use for a name
5.i remember - mocca
6.polaroid - oh Chentaku
7.someday we'll know - mandy moore and jonathan foreman

7 perkara yang saya selalu sebut
1.Allah.terutamanya apabila melatah
2.what what what? (dengan sangat pantas)
3.apekah
4.ape ape apekebendenye
5.oi
6.cuak gila!
7.sort of (terutama sekali semasa design crit

7 perkara yang amat bernilai.
1.keluarga tersayang dan rakan-rakan.
2.duit saya.
3.pelajaran dan pengajian saya
4.external hard drive saya (hidup saya kerana semua file design saya berada di dalam)
5.kasut-kasut saya yang banyak
6.telefon tangan saya yang tak seberapa itu(untuk komunikasi punya pasal)
7.kedaraan (virginity)

7' pertama kali' dalam hidup.
1.naik rollercoaster di disneyland semasa kecil setelah ditipu oleh ayah saya mengatakan itu hanyalah keretapi biasa.
2.berpengalaman mengikuti usrah yang serious di melbourne.saya akui banyak yang telah saya belajar.(i'll write another post about this thing during winter holiday)
3.tidak mengambil peperiksaan/ujian langsung sepanjang saya melakukan pengajian saya sekarang gara-gara kos yang saya ambil iaitu senibina di rmit.ini akan berlaku sepanjang 5 tahun ini..
4.mendapat sebuah Al-Quran dan tudung untuk hadiah harijadi saya.
5.meninggalkan rumah lebih dari seminggu (belajar di luarnegara) kerana saya tidak pernah bersekolah asrama dan semasa saya di Intec shah alam, saya tidak pernah tidak akan pulang ke rumah setiap hujung minggu.
6.pergi konsert tahun lepas iaitu konsert switchfoot (sedih tak lambat betulll konsert pertama saya hahaha)
7.makan sushi semasa saya kecik dan saya tidak suka sampai sekarang

7 orang bertuah yang telah ditag (buat jangan tak buat!)
1.syera
2.nadiah
3.nadrah
4.zizi
5.nadee
6.nadz
7.dal


adoi lapar lah saya mahu makan.

No comments:

Post a Comment